Thursday, May 6, 2010

CAHAYA Kembali Bersinar


Pada jam 10.00 pm, 5 Mei 2010 aku telah menerima khidmat pesanan ringkas dari CAHAYA setelah sekian lama (3 hari) aku tidak menghubunginya. Terasa seperti diberikan tong oksigen untuk bernafas kembali setelah sekian lama terasa seperti lemas di dasar laut dalam. Tidak dapatku gambarkan perasaanku ketika itu, melihat pesanan ringkas berbaur gurauan daripada CAHAYA.


Trimas CAHAYA kerana telah mengukir kembali senyuman di bibirku ini. Aku amat gembira seperti mahu meloncat mencecahkan tangan ke lelangit rumahku. Tepat jam 12.00 tgh malam aku terus mencapai telefon bimbitku dan terus ku mainkan hujung-hujung jariku menekan nombor telefon CAHAYA. Nada dering berbunyi selama lebih kurang 30 saat. Terdengar di hujung talian suara CAHAYA. Amat kurindui suara ini. Seperti mendapat nyawa kurasa setelah mendengar suara CAHAYA.


Lebih kurang 2 jam aku berinteraksi dengan CAHAYA. Terasa satu kelegaan yang amat apabila aku berinteraksi dengannya. Trimas CAHAYA kerana sinaranmu telah kembali menerangi hidupku.

No comments:

Post a Comment